“Wahai manusia sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami jadkan kamu berpuak-piak dan bersuku-suku untuk kamu kenal mengenali antara satu sama lain . sesungguhnya yang mulia disisi allah di kalangan kamu adalah mereka yang palin bertaqwa kepada Allah”
Maksaral Muslimin
Isu-isu hak-hak asasi sering kali menjadi topik perbahasan manusia moden hari ini termasuk kita yang berada di United Kingdom ini. Isu-isu hak meliputi hak-hak asasi manusia dan hak asasi haiwan atau animal right. Sekumpulan banduan penagih dadah yang dipenjara baru-baru ini telah mendakwa Home office kerana mencabul hak asasi mereka untuk mendapatkan dadah ketika di dalam penjara. “They claim the prison regime which made them stop taking heroin was a breach of human right “ . Publik di UK turut merasa tercabar apabila penjenayah-penjenayah yang melakukan perbuatan jenayah kejam, seperti pembunuh dan perampas-perampas kapal terbang telah dibebaskan dan diberikan keistimewaan –keistimewaan tertentu, kerana apabila pihak kerajaan menahan mereka ia dianggap sebagai pencabulan hak asasi manusia, yang menyebabkan publik merasakan Akta Hak Asasi manusia Britain 1998 telah mencabul hak-hak rakyat lain yg ingin hidup aman.
Dalam sejarah tamadun manusia yang panjang, hak asasi manusia baru sahaja diakui oleh masyarakat antarabangsa. Hak asasi yang ditakrifkan sebagai sejumlah perbuatan yang sememangnya menjadi milik mutlak seseorang individu tanpa sesiapapun berhak merampasnya yang meliputi mempunyai hak untuk hidup,, hak untuk memperoleh pendidikan, hak untuk hidup bersama-sama seperti orang lain, Hak untuk mendapatkan perlakuan yang sama dan hak untuk mendapatkan pekerjaan.
Isu-isu hak sering menjadi isu konstroversi dalam masyarakat moden hari ini. Umumnya Islam berbeza dengan tamaduan barat dalam isu-isu hak ini yang boleh dilihat berdasarkan fakta-fakta berikut.
Apakah perbezaan diantara hak asasi manusia menurut Islam dan dari kaca mata barat. Hakikat amat jauh perbezaan.
1. Hak asasi menurut pandangan hidup masyarakat Barat berpaksi kepada ANTHROPOCENTRIC-manusia menjadi penentu nilai kerana manusialah yang menjadi pertimbangan utama. Sebaliknya, hak asasi manusia mengikut pandangan hidup Islam adalah berpaksi pada THEOCENTRIC-Tuhan iaitu Allah SWT menjadi penentu nilai. Dua hakikat ini mendatangkan kesan yang berbeza, iaitu di Barat, atas nama hak asasi manusia, segalanya dibenarkan tanpa difikirkan lagi persoalan kebenaran, keadilan dan . Contohnya, perkahwinan sesama jenis, keinginan untuk bertukar agama secara sesuka hati .hak untuk membunuh diri secara sukarela. Sebaliknya, Islam meletakkan kebebasan manusia itu mesti kembali kepada asas-asas yang dibenarkan melalui Al Quran dan As Sunnah. Tidak ada kebebasan mutlak.
dalam kontek hak asasi manusia semuanya tertakluk kepada hak-hak pencipta yang maha agung.
Islam berdasarkan ajarannya yang suci telah menyatakan segala hak-hak itu hakikatnya adalah milik allah yang dipinjamkan kepada manusia untuk menjaga amanah tersebut. Tamadun barat hari ini membenarkan ‘amalan membunuh diri sendiri’ atas alasan hak ia adalah hak manusia. Namun hakikatnya nyawa adalah hak allah. Mereka membenarkan perkahwinan sejenis biarpun perkahwinan sejenis melanggar hak allah yang menyatakan fitrah manusia berkahwin pasangan yang berbeza. Dalam konteks harta , ia adalah milik allah yg dipinjamkan kepada manusia , biarpun manusia bebas berusaha mencari harta secara halal namun mereka hendaklah menunaikan hak-hak harta allah yg diamanahkan kepada mereka untuk diberikan kepada mrk yang memerlukan.
“dan berikanlah kepada mereka harta allah yang diberikan kepada kamu “
Dan pada harta mereka terdapat hak orang yang meminta-minta dan orang yang dalam keperluan”
Dengan lain perkataan manusia yg berusaha dengan mengabaikan social obligatian dianggap sebagai mencabul hak allah yang tidak sepatutnya dilakukan.
2. Persoalan hak adalah persoalan yang sudah lama establish dalam ajaran Islam sejak lebih 1400 tahun yang lampau. Malah lebih awal dari itu sejak dari kewujudan manusia yang pertama Adam as. Di Barat, persoalan hak asasi telah menjadi tema utama khususnya menjelang era Renaissance di barat dan kemunculan faham Humanisme. Malah persoalan hak asasi menjadi penting hanya setelah diabadikan di dalam Declaration of Human Rights, sebuah piagam yang termetrai pada 10 Disember 1948 di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Deklarasi antarabangsa ini mengandungi sejumlah besar Fasal yang mengetengahkan pelbagai komponen hak asasi manusia. Dengan lain perkataan ‘ the westener had no concept of human right or civic right before the seventeenth century “.
Di dalam Islam, persoalan hak asasi manusia sudahpun disentuh lebih 1400 tahun yang lampau di dalam Al Quran menerusi konsep karamah insaniah, iaitu
Sesungguhnya telah aku muliakan bani Adam dan kami angkut mereka di daratan dan dilautan dan kami berikan mereka rezeki yang baik dan kami lebihkan mereka mulia dari kebanyakan ciptaan kami yang lain
( al Isra’ : 70 ).
Di dalam hadith ketika menunaikan Haji Wida’, Rasullullah SAW telah menyampaikan khutbah Baginda yang termasyur yang merakam sabdaan berikut :
Hai manusia, sesungguhnya darahmu, harta bendamu dan kehormatanmu sama sucinya dengan tanah suci ini. Hak manusia telah dinyatakan oleh allah terhadap manusia yang pertama Adam as.
“wahai adam tinggal engkau dalam syurga ini dan makanlah buah-buahan yg ada di dalamnya yg kamu suka tapi jangnalah kamu hampiri pohon kayu ini untuk mengambil buahnya maka kelak kamu terdiri di kalangan mrk yg rugi” . Hak manusia yg pertama adam yg dinyatakan dalam ayat ini ialah boleh memakan semua buah-buahan syurga namun jangan sekali-kali membelekang hak Allah iaitu memakan hanya sebuah pohon yg dilarang.
2. Islam melihat persoalan hak secara komprehensif dan syumul yang bukan setakat meliputi hak-hak individu terhadap dirinya tetapi terhadap tuhan dan alam ini. Sebab itu bagi segala hak dan batas-batas adalah milik allah pencabulan hak dianggap satu kezaliman
“yang demikian itu adalah batas-batas allah sesiapa yang melampaui batas-batas Allah maka merekalah orang-orang yang zalim”. Islam melihat Hak dari perpektif
- I. hak –hak khalik pencipta ii,. Hak-hak makluk yakni segala kejadian .
Kedua-dua hak ini tidak boleh bertenntangan dan jika sekiranya berlakunya pertentangan maka hak allah hendaklah diutamakan. Misalnya , hak ketaatan kepada ibu bapa Islam meletakkan hak allah lebih utama dari hak ibu bapa :
“ dan jika sekiranya kedua ibu bapa kamu berusaha agar kamu mensyirikan allah maka janganlah kamu mentatai mereka “ hak ibu bapa hendaklah ditaati , namun tidak sampai mengabai hak Allah yg lebih utama.
Islam menyatakan hak-hak manusia secara lengkap dan terperinci dan ia berubah mengikut keutamaan dan pertimbangan. Sebab itulah para ulamak menyatakan Syariat Islam yg diturunkan kepada manusia bertujuan menjaga 5 aspek yang utama , iaitu agama, akal, nyawa, kehormatan keturunan dan harta. Islam melihat ke 5-5 elemen ini jika tidak dipelihara akan menjejaskan kestabilan hidup masyarakat. Namun Tamadun hari ini tidak melihat beragama sebagai sesuatu hak tetapi mereka melihat tidak beragama sebagai satu hak. Tamadun hari ini tidak melihat kehormatan salasilah sebagai satu yg penting yg mesti dipertahankan mereka dapat menerima konsep berkesedudukan , seks rambang anak luar nikah , kerana ia tidak dianggap sebagai hak manusia yg utama.
4. Hak-hak dalam Islam meliputi aspek-aspek berikut , iaitu Hak untuk hidup , Islam mengharamkan membunuh nyawa orang lain . Mencabul satu nyawa seumpama mencabul kemanusiaan seluruhnya.
Islam menjamin hak hidup selamat sejahtera . Islam melarang melakukan kemudaratan terhadap diri dan juga terhadap orang lain . “ lara darar wala dirar “ . Islam memandang penting hak kehormatan wanita . Islam melihat tiada perbezaan lelaki dan wanita dalam agama , setiap masing-masing mempunyai peranan masing-masing.
Makasaral
5. Salah satu perbezaan yang ketara diantara Islam dan Tamadun moden ialah tafsiran kebebasan. Tamaduan barat lebih melihat kebebasan berdasarkan neraca manusia akal mereka biarpun mungkin bercanggah dengan fitrah naluri. Namun Islam meletakkan kebebasan tertakluk kepada peraturan Ilahi yang menentukan segala-galanya. Islam melihat setiap individu adalah bebas , bebas beragama dengar dasar 'tiada paksaan memeluk agama Islam' . Kebebasan untuk memberikan pendapat dan pandangan . Islam menekan prinsip syura., agama adalah nasihat .
6. Salah satu elemen penting dalam penunaian hak di dalam Islam adalah prinsip keadilan. Islam meruntut mukmin berlaku adil biarpun terhadap musuhnya . Keadilan dalam islam hinggakan tiada manusia yang boleh berada di atas undang-undang.
“
Recent Comments